Nakalnya budak asrama

Hari ni kecoh dekat twitter pasal ijat syafiq si pemukul budak tu. Aku sebenarnya tak heran pun pasal pasal kes pukul memukul  ni sebab aku dah biasa dah tengok budak kena pukul lagi teruk dekat asrama. Tapi yang aku heran nya apa motif sebenar dia pergi rakam then upload dekat youtube?. seriously nampak sangat kau ni bodoh -.-.

Aku bukan nak cakap apa laaa. Aku dekat asrama dulu pernah buat kes lagi besar kot dari pukul memukul ni. Nak tahu kes apa ? cerita dia begini ....

 Masa tu kitorang baru balik dari kursus easy math dekat klang. So cikgu kitorang bagi la kitorang balik kampung. Tapi ada laa segelintir pelajar yang taknak balik ke kampung dan nak stay dekat hostel. segelintir pelajar tu  dalam 7 orang termasuk aku. So kitorang pun stay la dekat  hostel dengan enjoy dan riang nya. Malam tu kitorang keluar pergi cc sampai tengah malam, time mandi kitorang terjun dalam kolah macam mandi dalam kolam hohoho.

 keesokan nya pulak kitorang dah mula rasa bosan sebab tak tahu nak buat apa dekat dalam asrama tu. Then kitorang pun telefon la cikgu kitorang ( guna public fon kayyy ) nak mintak outing. Cikgu kitorang pun  cakap "ok. kalau korang takde buat hal, tengahari nanti cikgu bagi korang outing" . Punyalah gembira perasaan  kitorang  masa tu..
 
Sementara menuggu nak tengahari tu , aku pun habis kan lah masa dengan baca komik. Tengah aku dok khusyuk baca komik sambil berbaring atas katil, tetiba aku terdengar bunyi  "brooom....brooooom...."
 aku pun usha la dekat luar, rupa rupannya member2 aku tengah bawak van asrama main pusing2 dekat tengah dataran. Aku tengok pondok pengawal masa tu kosong , kawan aku cakap pengawal pergi kenduri kahwin. Patut lah diorang berani -.-

Kalau ikut nafsu .nak je aku ikut diorang main van tu. Tapi nasib baik  aku ni masih ada iman  lulzz... Aku pun sambung la baca komik dalam dorm. Tengah aku dok klimaks membaca komik tiba tiba aku nampak van asrama lalu depan pintu dorm aku. Kemudian aku terdengar bunyi " brooommmm...praaaaaaaaaaangg. booom " yang teramat dasyat kuatnya ( bombastik gila haha). Aku pun cepat cepat keluar dorm nak usha apa yang terjadi sebenarnya. Korang tahu apa yang jadi ?

 Member aku telah berjaya  melanggar tiang besi bumbung asrama sampai 3 batang patah dan van yang dipandunya telah terbabas masuk kedalam kolam ikan (sebelah tayar je). kitorang masa tu cuak gila babeng. Member aku punya panik keluar dari van terus pergi  angkat van tu sorang sorang. Dia ingat dia tu superman ke pe ?  Nak tergelak aku tengok. Tapi aku cover buat muka serius . Gila nak gelak time tu, mau kena belasah aku dengan diorang.

Dipendekan cerita . Pengawal kitorang pun balik dari kenduri kahwin dan terus menelefon cikgu kitorang. Kemudian cikgu kitorang pun sampai dengan sebilah rotan ditangan. Seram gila baq hang tengok muka cikgu masa tu. Macam askar jepun gersang yang mahu merogol kami semua. lol .Then van tu pun berjaya di alihkan oleh beliau. Yang menyedihkan ,aktiviti outing kitorang petang tu terpaksa di tukar kepada aktiviti mengangkat bumbung yang roboh ke belakang asrama .kitorang jugak terpaksa hidup tanpa bumbung koridor selama sebulan. Dan member aku terpaksa menanggung semua kos baik pulih bumbung tu. Yang aku peliknya, van asrama tu masih kukuh dan mampu hidup sampai sekarang walaupun jasanya sekarang hanya untuk mengangkut sampah sarap asrama. Dan kami menggelarnya "kereta kebal"

  yeaaa begitulah kisahnyaa. sebenarnya kitorang tak jahat cuma nakal je hahaha. Kini,  kami digelar "Legend asrama" kerana menjadi  orang pertama yang merobohkan asrama dengan jayanya hahahahaha.  sekian dari saya , bye :)


 Ni result spm aku . tak seberapa pun. kecewa pun ada. ahh benda dah lepas menyesal pun tak berguna :'(