memori zaman persekolahan kami bersama

selamat tahun baru 2013 semua . haha tak sangka umur aku dah 18 tahun rasa macam baru je semalam lahir xD .  sempena tahun baru ni aku nak cakap sikit pasal zaman persekolahan . aku tengok dekat twitter ramai yang mengeluh tak nak balik asrama , tanak sekolah la  . serius aku cakap zaman persekolahan lah zaman paling bermakna dalam hidup !. kalau boleh aku nak sangaaat balik semula ke zaman sekolah . rindu gila dekat kawan kawan dengan asrama :'\ . cakap pasal asrama  ,aku rinduuuuuu gilaaa dekat asrama . aku rasa tempat paling best dalam dunia adalah asrama .dalam dunia ni mana ade tempat yang korang boleh makan,tidur,mandi,basuh baju,study,tengok tvfly ,pergi sekolah , semuanya dengan kawan korang . walaupun ada orang cakap duduk asrama  takde life. tapi bagi aku asrama lah yang ajar aku erti persahabatan dan kehidupan yang sebenar. banyak gila kenangan dekat situ . 5 tahun kami jalani hidup bersama  berkongsi suka dan duka . bermula dari tidak kenal satu sama lain sehingga menjadi begitu akrab :'). haha banyak gila memori manis dan pahit kitorang yang tercipta . kantoi fly , kena botak ,tidur masa prep,kelas tahanan, kena rotan ramai2 , ponteng sekolah , kena sebat dengan ustadz lambat sembahyang ,sembahyang dekat dataran tengah panas , dorm bersepah ,satu dorm kena jemur tengah padang , kena beduk dengan senior , membeduk budak junior, tak tidur malam semata mata nak siapkan hw, tengok tv beramai ramai sambil terjerit jerit , handphone kena rampas, kantoi meniru masa exam add math semua fail , main bola dalam dorm, time spm tak study tapi main ps , dan banyak lagi .serius rindu gilaaa semua tu .  walaupun semua tu dah takde tapi  akan aku simpan semua kenangan kita sampai bila bila . aku doa kan korang semua akan terus berjaya mengejar cita cita korang . aku harap nanti masa ambil result spm ramai yang dapat keputusan yang cemerlang . yang penting kita kawan selamanya :')